Tuesday, February 11, 2014

PRK N25 Kajang


Pilihanraya Kecil (PRK) N25 Kajang bakal diadakan berikutan perletakkan jawatan ADUN-nya Lee Chin Cheah baru-baru ini. Walaupun Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon pada 11 Mac dan hari mengundi pada 23 Mac 2014,  namun PRK ini sebenarnya tidak perlu diadakan. Dianggarkan, kos mengendlaikan PRK ini oleh SPR kira-kira RM1.6 juta.

Lee Chin Cheah tiba-tiba meletakkan jawatan pada 27 Jan 2014. PKR mengumumkan pada 28 Jan,  Anuwar Ibrahim akan bertanding dan sekaligus akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor, menggantikan TS Khalid Ibrahim.

Tuesday, December 24, 2013

MAS Bukan Penerbangan Kelas 3

 
 Sebuah peswat MAS berhenti di tepi landasan KLIA. Gambar dirakam kira-kira 8.10 pagi 23 Dis 2013. Pesawat ini menunggu di tepi landasan untuk masuk ke bay


Sejak seminggu lalu, banyak runggutan yang mendakwa mutu perkhidmatan Malaysia Airline (MAS) jatuh pada tahap yang tidak sepatutnya. Ramai penumpang tidak berpuas hati atas beberapa masalah teknikal seperti kelewatan pesawat berlepas dan mendarat atau pun kelewatan menerima bagasi.  Kelewatan check-in di kaunter-kaunter lapangan terbang juga sudah acap kali berlaku. Kelewatan pesawat berlepas disebabkan keadaan cuaca boleh dimaafkan tetapi jika bagasi masih di KLIA sedangkan penumpang sudah sampai ke destinasi adalah kelemahan yang tidak boleh diterima.
 
23 Dis 13 yang lalu, beberapa penumpang pesawat MH2710 dari Kuala Lumpur ke Sandakan (23 Dis 13) tidak menerima bagasi masing-masing apabila penumpang sampai di Lapangan Terbang Sandakan. MAS memberi alasan, bagasi masih di KLIA kerana pesawat sudah melebihi muatan. Sebelum itu MAS tidak memberi tahu penumpang. Akibatnya, penumpang diperbodohkan dengan menunggu bagasi masing-masing di Lapangan Terbang Sandakan dalam tempoh yang lama.
 
 
Sistem Conveyer belt di MasKargo KLIA

Bagaimana kelemahan ini boleh berlaku?
 
MAS bukanlah syarikat tambang murah negara. MAS bukan syarikat penerbangan negara kelas tiga. Sudah tentu, kita mahukan mutu perkhidmatannya seumpama kilauan emas.  Berdasarkan maklumat beberapa orang penumpang, kelewatan menerima bagasi disebabkan kerosakan conveyer belt, dan masalah ini sudah sering terjadi. Bila conveyer belt rosak, bagasi penumpang dimuatkan ke dalam pesawat secara manual.

Alasan apa ni? KLIA bukannya lapangan terbang "koboi". Sudah tentu, rakyat khususnya penumpang yang membeli tikit "bukan tambang murah" mengharapkan mutu perkhidmatan yang setimpal kalau pun tidak berkelas dunia tetapi berkelas Malaysia. Tinggi sangatkah permintaan rakyat Malaysia untuk mendapat suatu perkhidmatan bermutu yang dibayar sendiri oleh mereka?

Dalam pengurusan sesuatu lapangan terbang, sistem conveyer belt dapat menjimatkan  atau menggantikan penggunaan tenaga manusia yang ramai untuk mengendalikan bagasi atau kargo. Hatta, pada hemat saya, dalam kedudukan syarikat penerbangan negara yang mencatatkan kerugian, kemungkinan MAS mengurangkan pekerja. Justru, bila berlaku kerosakan kepada sesuatu sistem atau mesin pengendali, maka akan berlakulah kelewatan. Malah kelewatan  di sesuatu bahagian boleh menyebabkan kelewatan itu berpanjangan  atau "berjangkit" kepada bahagian yang lain. Sebagai contoh, kelewatan mengendalikan penumpang check-in atau kelewatan memasukkan bagasi ke dalam pesaawat boleh menjejaskan masa berlepas atau ketibaan sesuatu pesawat.

Semua orang maklum, perkhdimatan lapangan terbang amat mengutamakan ketepatan masa terutama perlepasan dan ketibaan pesawat. Justru amat diharap MAS melihat masalah-masalah (mungkin masalah kecil sahaja) seperti ini agar ia tidak mengaibkan negara. 2014 ialah Tahun Melawat Malaysia. Mampukah MAS mengendalikan ketibaan jutaan pelancong dan mensasarkan zero defect kepada mutu perkhidmatannya?


Friday, March 5, 2010

Semak Nombor Telefon Selular


Apakah kegunaannya?
Bagi membolehkan pengguna menentukan sama ada nombor selular yang hendak dipanggil berada dalam rangkaian yang sama (kerana pengguna tidak lagi dapat mengenalpasti penyedia perkhidmatan berdasarkan nombor pangkal iaitu 012/013/016/018). Untuk membuat semakan, sila klik di sini: Semak Nombor Selular.

Hasil semakan akan memaklumkan pengguna sama ada nombor yang hendak dipanggil adalah:

Panggilan On-Net (iaitu dalam rangkaian yang sama) atau

Panggilan Off-Net (dalam rangkaian yang berlainan)

dan oleh itu, mempunyai kadar/caj panggilan yang mungkin berbeza.

Selain menerusi Internet, kini anda juga boleh menentukan sama ada panggilan On-Net atau Off-Net menggunakan telefon bimbit anda menerusi perkhidmatan maklumat SMS seperti berikut:

Taip: check hantar ke 22099 (Celcom)
Contoh: check 0192345678 hantar ke 22099

Taip: check hantar ke 22011 (Maxis)
Contoh: check 0122345678 hantar ke 22011

Taip: check hantar ke 2000 (Digi)
Contoh: check 0162345678 hantar ke 2000

Semua SMS yang dihantar dan diterima untuk menyemak nombor mudah alih anda menerusi nombor-nombor di atas adalah percuma.

Thursday, March 4, 2010

Berhati-hati, Laman Bank Yang Palsu

Pengguna online  internet banking, sila berhati-hati dengan laman-laman web palsu yang seolah-olah menyerupai laman web bank yang sebenar. Sila teliti dua gambar di bawah, atas laman bank yang sebenar manakala yang bawah ialah laman palsu.

Sebagai langkah keselamatan, jangan login daripada link (pautan) yang diperolehi daripada e-mel. Kebanyakannya  adalah palsu.



Komuniti Berpengawal

Artikel ini diharap dapat memberi panduang kepada semua penduduk


04 Mac, 2010 10:24 AM
Kerajaan Akan Keluarkan Garis Panduan "Komuniti Berpengawal"
Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mengumumkan tidak lama lagi garis panduan tentang kawasan perumahan jenis "komuniti berpengawal" berikutan kemunculan semakin banyak konsep perumahan seperti itu kebelakangan ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata oleh kerana belum terdapat garis panduan khusus mengenainya, maka kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan mewujudkan undang-undang kecil masing-masing yang tidak seragam.

"Kebanyakan komuniti berpengawal ini diwujudkan oleh kumpulan pemilik rumah atas daya usaha sendiri. Oleh kerana timbul beberapa isu berkaitan undang-undang, maka kami perlu mewujudkan garis panduan mengenainya," kata beliau kepada Bernama Khamis.

Komuniti berpengawal bukan sesuatu yang baru di negara ini. Ia muncul apabila sekumpulan penduduk menggunakan khidmat pengawal keselamatan dan memagar kawasan taman mereka bagi tujuan mencegah jenayah.

Tetapi, ada persatuan penduduk yang menggunakan undang-undang sendiri untuk memagar kawasan tertentu dan menutup jalan dengan sesuka hati dan dalam sesetengah kes, tanpa berbincang dengan penduduk lain di kawasan mereka.

Walaupun langkah itu dikatakan mampu mengurangkan kegiatan jenayah, namun ia menimbulkan beberapa isu undang-undang serta melanggar Akta Jalan Raya, Perparitan dan Bangunan 1974.

Akta berkenaan menyebut bahawa tiada mana-mana jalan awam boleh dihalang. Peraturan serupa terpakai mengikut Seksyen 62 dan 136 Kanun Tanah Negara 1965 dan Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Undang-undang juga menyebut bahawa adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana pihak yang cuba menghalang atau mengawal kawasan awam atau menutup, menghalang dan menyekat penggunaan jalan, parit atau ruang awam, tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa berkenaan.

Perbuatan memagar taman perumahan dengan sesuka hati adalah bercanggah dengan Seksyen 46 (1) Akta Perparitan Awam dan Bangunan 1974, Seksyen 80 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 62 dan 136 Kanun Tanah Negara 1965.

Di samping itu, sekiranya pos pengawal didirikan di atas tanah awam atau di bahu jalan, ia melanggar peruntukan di bawah Akta Perancang Bandar dan Desa 1976.

Seksyen 46 (1) Akta Perparitan Jalan dan Bangunan juga melarang seseorang daripada membina, mendirikan, menyenggara atau mengeluarkan permit bagi menyenggara sebarang tembok atau pagar di tempat awam. Adalah juga menjadi kesalahan bagi seseorang untuk menutup atau menghalang sebarang longkang terbuka atau saluran air di tepi jalan, tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan.

Bagaiamanapun, kata Kong berdasarkan beberapa isu keselamatan yang disuarakan oleh penduduk, sesetengah kerajaan negeri, termasuk Selangor, melalui Lembaga Perumahan dan Hartanah negeri, telah menggubal satu set garis panduan dikenali sebagai Skim Komuniti Berpagar dan Berpengawal.

"Tiada masalah bagi pengawal keselamatan swasta membuat rondaan di jalan awam di kawasan perumahan jika ia diatur oleh persatuan penduduk, tetapi ia perlu dibincang dengan pihak berkuasa tempatan dan polis terlebih dahulu," katanya.

Kong berkata antara garis panduan yang dikelurkan kerajaan tempatan bagi komuniti berpengawal adalah yang mempunyai kaitan dengan pembinan pondok pengawal dan penggunaan khidmat syarikat kawalan keselamatan dengan persetujuan penduduk kawasan terbabit.

Contohnya, ada pihak berkuasa membenarkan pondok pengawal dibina sekiranya permohonan mengenainya dibuat melalui persatuan penduduk dan dipersetujui sekurang-kurngnya oleh 85 peratus penduduk di sesuatu kawasan.

Ia juga boleh diadakan dengan syarat persatuan penduduk perlu memastikan pondok pengawal yang didirikan itu tidak mempunyai penghadang dan lokasinya tidak menghalang lalu lintas.

Bagaimanapun, kata Kong, ada juga pihak berkuasa tempatan yang membenarkan penghadang dibina, asalkan ia mendapat sokongan kuat penduduk setempat dan tidak menghalang lalu lintas.

"Bagi komunitu berpintu pagar, tidak banyak isu yang timbul kerana ia mempunyai badan pengurusan sah yang ditubuhkan berdasarkan hak milik strata dan kebanyakan pangsapuri dan kondominium tergolong dalam komuniti ini.

"Tapi, bagi komuniti berpengawal, ia berbeza kerana ia tidak boleh digolongkan sebagai komuniti berpintu pagar," katanya.

-- BERNAMA

Monday, March 1, 2010

Perarakan Maulidur Rasul

Kali pertama Perarakan Maulidur Rasul diadakan di Masjid Jamek Raja Muda Musa, Semenyih, pada 28 Feb 2009. Perarakan bermula daripada Padang Awam Semenyih, melalui Pekan Semenyih menuju ke masjid sejauh kira-kira 1.5 kilometer.
Sebaik sampai di perkarangan masjid, selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dialunkan oleh pasukan-pasukan yang menyertai perarakan diikuti dengan solat  Maghrib dan Forum Maulidur Rasul.

Namun, jemaah telah dimaklumkan persara, Cikgu Mansor Ibrahim, 59 tahun dari Taman Desa Mewah Semenyih telah kembali kerahmatullah pada kira-kira jam 7.45 malam disyaki terkena serangan jantung.  Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Kantan, Kajang.
Alfatihah untuk allahyarham semoga rohnya dicucuri rahmat.

 
Perarakan diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Tuan Haji Johan Abdul Aziz (berbaju melayu merah) dan Ahli Jawatankuasa Masjid.
 
 

Saturday, February 27, 2010

Pertumbuhan Ekonomi

Draf:

1. Malaysia: 4.5 peratus (suku ke-4 2009 - Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak)

2. Singapura: 3-5 peratus (MITI Singapura, Nov 09)


3. Indonesia: 5 peratus (Presiden Bambang Yudhoyono, Ogos 2009)

4. Indonesia: 4.8 Peratus (Business Monitor International, Sep 2009)

5. Filipina: 2.6 - 3.6 peratus (the National Ekonomic and Development Authority, Phillipines)

6. Filipina: 2.6 peratus (Business Monitor International, Sep 2009)

7. Korea Selatan: 3.2 peratus (Business Monitor International, Sep 2009)

8. Taiwan: 3.5 Peratus (Business Monitor International, Sep 2009)

9. Thailand: 3.2 Peratus (Thai Military Bank, Nov 09)

10, Vietnam: 6.5 peratus (Bank Pembangunan Asia, Sep 08)